Selasa, 29 April 2008

Just For Laugh !!

When you travel to Japan , you can hardly find instructions in English . If there is , you still have to figure out the meaning ..... look at the sign below , sometimes it can make you laugh ...









Sabtu, 26 April 2008

Kisah Seorang Kawan .....

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..
Internet Millionaires Club
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas
dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu
la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!

HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

'GentleMENG Babi' cakap ikut DANG

Satu lagi aksi tak senonoh yang berhormat kita ... 'Tahniah' kerana memilih beliau .
Tontoni lah Video ini .... banyak yang kita boleh belajar disini termasuk vocabulary baru , 'GentleMeng Babi', cakap IKUT DANG' dan sebagai nya .... HA HA HA , HO HO HO , begitulah tergelak habis

Melucukan ... Gelagat bodoh Pemimpin Kita

Saksikan sendiri Video ini , kalau begini lah aksi pemimpin kita , layak kah mereka2 ini di-panggil yang berhormat ?

Rabu, 16 April 2008



Joke and Riddle Search!


Keyword:

Jokes
Riddles



Selasa, 15 April 2008

Webfetti.com

Isnin, 14 April 2008

Meet Beautiful and Humorous Women here ...

YES! you can meet the Girls below in person ... and guarantee , they will entertain you for free ... just Click at the photo...

Kenapa Perempuan TIDAK KENTUT ?

Tonton VIDEO ini ,anda akan tahu jawaban nya .... Enjoy

Ahad, 13 April 2008

A Lawyer and A Defense Attorney

A defense attorney was cross-examining a police officer during a felony trial...

Q. Officer, did you see my client fleeing the scene?

A. No sir, but I subsequently observed a person matching the description of the offender running several blocks away.

Q. Officer, who provided this description?

A. The officer who responded to the scene.

Q. A fellow officer provided the description of this so-called offender. Do you trust your fellow officers?

A. Yes sir, with my life.

Q. WITH YOUR LIFE? Let me ask you this then officer, do you have a locker room in the police station ... a room where you change your clothes in preparation for your daily duties?

A. Yes sir, we do.

Q. And do you have a locker in that room?

A. Yes sir, I do.

Q. And do you have a lock on your locker?

A. Yes sir.

Q. Now why is it, officer, IF YOU TRUST YOUR FELLOW OFFICERS WITH YOUR LIFE, that you find it necessary to lock your locker in a room you share with those officers?

A. You see sir, we share the building with a court complex, and sometimes defense attorneys have been known to walk through that room.

Sabtu, 12 April 2008

A Guide to Fishing....

Ismail cukup tersohor kerana kepandaian nya menangkap ikan . Jika ada pertandingan menjala ikan yg disertai nya, ismail pasti berjaya mendapat tangkapan terbanyak . Kerana itu ia di gelar 'Raja Jala' . Satu hari Crew dari TV3 datang untuk interview 'Raja Jala' untuk disiarkan kebolehan nya dalam rancangan Majalah 3......

Crew Majalah 3 : " Boleh Pak Cik ceritakan rahsia kebolehan Pak Cik ? "
Raja Jala : " Senang saja petua nya ...Pak Cik tenguk cara isteri Pak Cik tidur bila Pak Cik bangun waktu pagi . Kalau dia mengiring kekiri , Pak Cik nanti tebar Jala kekiri saja . Kalau dia mengereng keKanan , maka Pak Cik tebar keKanan aje lah , Pasti sekali banyak ikan dapat ... itu lah panduan Pak Cik hari2 sebelum pergi menangkap ikan ".

Crew Majalah 3 : " oh Gitu .. Bagaimana pulak kalau pagi tu isteri Pak Cik tidur terlentang ?
Raja Jala : " lagi bagus ... Pak Cik tak pergi cari rezeki lah hari tu... dah 'rezeki ' doh ada depan mata , baham je lah .....

Selasa, 8 April 2008

Dr Awang Adek Now is a 'Bomoh Urut'

Kenal kah anda personaliti di Gambar bawah ? Sebelum Election beliau adalah Timbalan Menteri Kewangan , dan semasa kempen pilihanraya , beliau di Ura2 kan Menjadi Menteri Besar Kelantan sekira nya BN berjaya merampas kelantan. Bagaimana pun , Beliau kalah di-kampong sendiri ia itu di Bacok dan gagal merampas kerusi Menteri Besar dari Tok Guru . So He is out of job now ... tapi nasib baik lah beliau ada kemahiran mengurut yang di warisi nya turun temurun. Jika Sufiah Yusoff (gadis Genius Mathematic) memilih utk menjadi 'Teman sosial' dan meletakkan harga 130 pound seJam , bekas YB kita ini cuma charge RM60 untuk satu sessi ..



















Apa pula terjadi dengan Nasib seOrang lagi YB Doktor . Beliau menceritakan dalam BLOG nya bahawa beliau berasal dari keluarga miskin. Semasa kecil beliau pernah bekerja sebagai 'penyapu sampah ' bersama 2 orang Bangla untuk menampung wang sekolah nya . Jadi 'Penyapu' ada-lah sebagai satu alat mencari rezeki halal hingga dia berjaya menjadi seorang Doktor Gigi . Penyapu juga menjadi satu 'nostalgia' dalam hidup nya, hingga semasa beliau menjadi MB Selangor , beliau menghadiahkan penyapu kepada wakil2 Rakyat nya . Sekarang ini salepas beliau tidak lagi menjadi MB , beliau ingin kembali bersama2 Rakyat , memberi khidmat dan menabur jasa nya walaupun hanya dengan menyapu sampah. Tabik YB xMB kita ...

Promotional tool - increase your backlinks and be ranked by google: WHAT YOU SHOULD DO

Promotional tool - increase your backlinks and be ranked by google: WHAT YOU SHOULD DO

Ahad, 6 April 2008

Khamis, 3 April 2008

STARBUCKS



Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (PORK) Raspberry Frap uses cherries that has been dip in alcohol and the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends.

Call JAKIM Malaysia 603 - 8886 4000 for more information.

To all Starbucks coffee lovers, if u addicted to Strabuck coffee but want to be sure it's HALAL ,Go and look for this 'Kedai Kopi' (picture below). I can guarantee you , it is 100 % HALAL

Selasa, 1 April 2008

Genius Hooker -- Sufiah Yusoff's Tragedy



Tragedi kehidupan Sorang Genius -- Sufiah


LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, sepuloh tahun dulu nama nya cukup harum dan terkenal
sebagai kanak2 Genius matematik .Dia juga pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Tetapi , dimanakah silap nya , selepas itu nasib nya tidak putus-putus ditimpa malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.

Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.Sufiah dikatakan terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.


Gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM845) untuk satu jam khidmat.

Dengan megiklankan khidmat nya di-Internet menggunakan nama samaran Shilpa Lee, dan bersedia melayan pelanggan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam. Sufiah turut menggambarkan dirinya sebagai ‘amat seksi dan Pintar’ yang lebih gemarkan ‘lelaki yang lebih tua ’. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ‘‘Sesuatu yang sungguh menyedihkan.’’. “Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan yg baik bergaji lumayan , tetapi sebaliknya hidup dia musnah dan cukup memilukan ,” kata bekas rakannya lagi.

Tragedi memilukan ini bermula selepas tiga tahun Sufiah belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.

Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’.

Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor , Malaysia, manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.

Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan Khidmat kebajikan, sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian tahun akhir dalam Ijazah Sarjana Matematik . Tetapi dia lebih mementingkan hiburan untuk menghiburkan diri nya dan gagal menamatkan pengajian salepas berkenalan dengan Jonathan Marshall seorang peguam pelatih .

Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan Jonathan , 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun sahaja.

Rakan nya memberitahu , “Sufiah mengalami terlalu banyak tragedi didalam hidup nya , Saya berharap dia mampu keluar daripada kehidupan yang dilalui nya kini. Dia seorang yang baik dan sepatut nya beroleh satu kehidupan yang lebih baik , tetapi sebalik nya anugerah semula jadi yang dimiliki nya membawa kecelakaan pada diri nya sendiri.