Selasa, 1 April 2008

Genius Hooker -- Sufiah Yusoff's Tragedy



Tragedi kehidupan Sorang Genius -- Sufiah


LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, sepuloh tahun dulu nama nya cukup harum dan terkenal
sebagai kanak2 Genius matematik .Dia juga pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Tetapi , dimanakah silap nya , selepas itu nasib nya tidak putus-putus ditimpa malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.

Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.Sufiah dikatakan terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.


Gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM845) untuk satu jam khidmat.

Dengan megiklankan khidmat nya di-Internet menggunakan nama samaran Shilpa Lee, dan bersedia melayan pelanggan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam. Sufiah turut menggambarkan dirinya sebagai ‘amat seksi dan Pintar’ yang lebih gemarkan ‘lelaki yang lebih tua ’. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ‘‘Sesuatu yang sungguh menyedihkan.’’. “Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan yg baik bergaji lumayan , tetapi sebaliknya hidup dia musnah dan cukup memilukan ,” kata bekas rakannya lagi.

Tragedi memilukan ini bermula selepas tiga tahun Sufiah belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.

Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’.

Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor , Malaysia, manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.

Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan Khidmat kebajikan, sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian tahun akhir dalam Ijazah Sarjana Matematik . Tetapi dia lebih mementingkan hiburan untuk menghiburkan diri nya dan gagal menamatkan pengajian salepas berkenalan dengan Jonathan Marshall seorang peguam pelatih .

Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan Jonathan , 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun sahaja.

Rakan nya memberitahu , “Sufiah mengalami terlalu banyak tragedi didalam hidup nya , Saya berharap dia mampu keluar daripada kehidupan yang dilalui nya kini. Dia seorang yang baik dan sepatut nya beroleh satu kehidupan yang lebih baik , tetapi sebalik nya anugerah semula jadi yang dimiliki nya membawa kecelakaan pada diri nya sendiri.

Tiada ulasan: